Sembang

Semua Ini Salah Siapa??

Facebook merupakan salah satu ruang komunikasi yang dilihat sebagai "ruang sosial" yang sangat luas di hujung jari pengguna. Ianya berfungsi sebagai medium perkongsian maklumat dengan rakan-rakan sama ada yang telah lama dikenali mahupun baharu saja dikenali disamping menggunakan banyak aplikasi seperti sharing document, attach document, chatting massage dan banyak lagi.

Namun, sejak kebelakangan ini banyak kecelaruan berlaku disebabkan oleh penggunaan facebook yang tidak terkawal oleh pengguna akaunnya yang terlalu obses dengan kemudahan sosial ini. Ruang ini dijadikan untuk melepaskan geram, mengutuk, mencaci, menjatuhkan martabat sesama sendiri dan orang lain tanpa memikirkannya secara mendalam. 

adakah ciptaan Mark Zuckerberg ini untuk mencaci, menghina, memperkotakkan dan menjatuhkan orang lain? semuanya bergantung pada pengguna itu sendiri mengatur, menyelia dan memastikan facebook menjadi bahan informasi, perkongsian yang berguna untuk semua orang.

Pendek kata, baru-baru ini dalam dunia sosial telah digemparkan dengan satu perbuatan pengguna aktiviti unuk menghina negeri  terutamanya negeri SABAH yang boleh menyemarakkan amarah perkauman. Kenapakah perkara ini berlaku, adakah ianya permainan yang temeh atau semangat kenegerian sengaja diapikan bagi menguntungkan mana-mana pihak. Adakah perkara ini wajar dikatakan sebagai bahan ujikaji/servey terhadap pendapat umum? Bagi penulis, terdapat 2 pihak yang perlu dilihat serius bagi mengelakkan perkara ini menjadi tabiat oleh pengguna facebook akan datang.

Pihak pertama, pencaci/penghina wujud disebabkan rasa kebencian terhadap subjek yang terlalu mendalam. Mungkin, terdapat peristiwa lalu yang berkaitan dengan "ORANG" itu benci apa-apa berkaitan dengan SABAH lalu menterjemaahkan ia dalam bentuk amarah yang membangkitkan api kemarahan yang dihina. Tetapi, tidak dinafikan mereka itu "KATAK BAWAH TEMPURUNG". Mereka ini mempunyai banyak masa berfacebook namun tidak menggunakan alternatif untuk mencari maklumat pada GOOGLE, YAHOO, BING, n DLL ini untuk meneroka apa SEBENARNYA BENTUK SBAH YANG DIPERKOTAK-KATIKKAN. Adakah masih penduduknya bergayut di atas pokok, masih memakai cawat, rumah dihiasi dinding diperbuat daripada kulit kayu dan bermacam lagi yang menunjukkan sabah ini sangat daif. Terlalu singkat pemikiran golongan-golongan ini ianya agak memalukan kerana walaupun mereka hidup dalam arus kemodenan tapi mentaliti masih berada di bawah ceruk ceruk akar pokok. 

Tambahan lagi, golongan yang mencaci/menghina ini jika dilihat pada akaun facebooknya terdiri daripada bakal pelajar, sedang menuntut dan telah lamat tamat menuntut di IPTA terutamanya UMS. Kenapakah sehingga ini cetek nya pemikiran golongan sarjana ini. Bukan sahaja mencaci yang tidak sepatutnya malahan terdapat dalam kalangan mereka ini mempersoalkan Sabah yang dikatakan miskin dan mengatakan sabah hanya menumpang dalam Malaysia padahal Sabah merupakan negeri penyumbang ekonomi Malaysia yang diperakui oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri. Apakah motif hinaan ini, adakah ianya berunsur politik yang terlalu hangat ketika ini atau memang betul ianya kesilapan "mereka" yang terlalu jumud pengetahuan terhadap negeri di Malaysia.


Pihak Kedua, media sangat penting dalam memainkan peranan penting dalam kes pengguna Facebook yang menghina Sabah. Apakah peranan Radio Televisyen malaysia sebagai media rasmi/ kerajaan Malaysia?. Fungsi sebagai media untuk berkongsi maklumat, menghibur, dan menyampaikan maklumat kepada audien terutamanya masyarakat Malaysia( Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Namun, sejauhmanakah ketelusan media ini untuk memertabatkan Malaysia sebagai satu gagasan masyarakat majmuk.?


Dalam hal ini, bukan mempersoalkan kredibiliti media penyiaran ini namun jika media ini digunakan sebaiknya ia pasti akan mengurangkan peratusan masyarakat Malaysia (Semananjung Malaysia, sabah dan sarawak)   yang buta mengenali Malaysia sebenar-benarnya. Jika dalam siaran RTM1 dan RTM 2 diselitkan dokumentari, filem dan bahan sejarah dari semananjung, sabah dan sarawak secara menyeluruh pasti audien yang rata-ratanya masyarakat desa akan celik negeri dan sejarah berpaksikan Malaysia. Ini tambahan lagi, insitusi  swasta yang terdapat di Malaysia. Penayangan dan pendedahan ini mesti dibuat secara seimbang bukan menganaktirikan sesebuah negeri oleh kerana ketidakpopularannya secara majoriti di Malaysia. AYUH! media gunakan power anda selaras fungsi sebenar. Biar ianya menyampaikan maklumat secara berkesan dan seimbang untuk kesejahteraan Masyarakat Malaysia.


Selaku rakyat Malaysia yang sayangkan tanahairpasti seseorang akan kecewa melihat reaksi dan persepsi sahabat yang berada di seberang sana yang beranggapan SABAH HANYA MENUMPANG PADA GAGASAN MALAYSIA. Sabah negeri miskin (memang sabah miskin tapi kerana siapa?) memang betul miskin tetapi tidak sehingga sebiji baldi dan shopping centre serta fasiliti lain tidak terdapat di sabah) dan sabah umpama berada pada Zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.


Untuk realitinya, janganlah jadikan perbezan bangsa, bahasa, untuk menjarakkan perpaduan yang beranggapan negatif yang boleh menjejaskan perpaduan antara rakyat Malaysia. jangan jadikan isu berkaiatan semangat kenegerian satu bahan politik yang kian meruncing. Ingatlah, susahnya membina jambatan adalah berbanding merobohkan jambatan yang ditelah dibina.





_____________________________________________________________________________
###############################################################################


AUKU UNTUK PELAJAR??

Isu AUKU menjadi bualan hangat sejak kebelakangan lalu di Insitusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia. Mengapa isu ini ditimbulkan sedemikian rupa, sehingga menyebabkan bemacam isu lain juga yang terbongkar.

Bermula dengan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan kolej Universiti (AUKU) yang digubal adalah untuk mengekang mahasiswa melibatkan diri secara langsung dalam dunia politik luar kampus.

Jika diteliti sejarah pengubalan AUKU itu sendiri pasti kita turut memahami apa yang sebenarnya intipati utama yang terkandung didalamnya sehingga ada pemimpin yang mengubal akta demikian.

Disebalik isu AUKU ini, adakah ianya benar menyekat pelajar untuk bebas bersuara dan bergiat dalam politik ataupun ianya mengekang pelajar dari[pada terlibat dengan politik luar kampus yang boleh meruntuhkan sokongan terhadap kerajaan setiap pilihanraya. 

Isu Penahanan Mahasiswa UKM sanagat mengemparkan dunia mahasiswa dan politik tanahair. Sehinggalah kes ini di bawa ke mahkamah Tinggi yang mengesahakan bahawa AUKU ini tidak sah  serta bercanggah dengan perlembagaan Malaysia.

Keputusan mahkamah Tinggi yang sedemikian emnjadi satu titik besar baut sebahagian parti politik di luar sana untuk mengecam pihak kerajaan yang mengubal akta berkenaan. Ada perti politik yang mengatakan AUKU adalah mainan politik UMNO sebagai kerajaan untuk membataskan mahasiswa  untuk berpolitik.Tidak cukup itu, mahasiswa sendiri pun ada mengemukakan bermacam idea dengan melancarkan demonstrasi di kampus. Kenapa? adalah kerana ketidakpuashatian terlalu terbeban dengan akta diperkenalkan itu. Berat sangkatkah  AUKU untuk mahasiswa di IPTA sedangkan ianya  cuma untuk membataskan mahasiswa aktif untuk berpolitik bagi mengelakkan pelajar tersebut terjejas prestasinya dalam pelajaran.

Mahasiswa datang ke universiti adalah untuk digilap dan diberikan segala kepentingan JERI iaitu Jasmani, Emosi, Ritual dan Intelektual. Maka tidak salah jika ada pihak yang ingin membataskan mahasiswa yang dirasakan agak mentah agar tidak terus terlibat dengan kancah politik yang serba bercelaru.

Tetapi, tindakan segelintir pelajar yang mengadakan sedikit kekecohan akibat AUKU ini sanagat mengecewakan. Pasti kita dapat kenang kembali bagaimana tindakan mahasiswa yang pernah merosakkan pintu pihak pentadbir kerana tidak berpuas hati dengan Pilihan Raya Kampus yang dijalankan untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Dimanakah budaya yang diterapkan kepada golongan intelektual sebagai peneraju kepimpinan masa hadapan.

Baru-baru ini, terdapat persatuan Soladariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan gabungan Mahasiswa Kolej Insaniah yang menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi Menuntut agar kebebasan bersuara turut diberikan kepada Mahasiswa yang berada di IPTS.

Rentetan itu, Perdana Menteri telah menyarankan atau pindaan dalam akta terus dengan memberikan kebebasan kepada pelajar yang berumur 21 tahun ke atas sahaja boleh bergiat dalam kancah politik luar kampus. Walaubagaimanapun, Timbalan  Kementerian Pengajian Tinggi sedang memantau akan pindaan tersebut dan menyanjungi  tinggi akan  pindaan yang dibuat JemaahMenteri.





___________________________________________________________________________________________________



Baru-baru ini, Perdana Menteri telah menyarankan atau membuat pindaan dalam akta terus dengan memberikan kebebasan kepada pelajar yang berumur 21 tahun ke atas sahaja boleh bergiat dalam kancah politik luar kampus. Walau bagaimanapun, Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi sedang memantau akan pinddan tersebut dan menyanjung tinggi akan pindaan yang dibuat Jemaah Menteri.

“Sebenarnya, kalau dilihat secara amnya memang AUKU ini betul kerana ianya adalah membataskan pelajar untuk bergiat dalam politik luar kampus. Politik sangat penting bagi membangunkan masyarakat tetapi amat mengecewakan jika ianya menjadi satu sumber pendapatan wakil rakyat mendapatkan keuntungan.

Saya tidak lihat AUKU mengekang mahasiswa untuk bersuara. Tambahan lagi mengongkong mahasiswa kerana AUKU digubal kerana ada sebab tertentu. Nak menjaga prioriti pelajar dan Universiti sebagai satu pusat ilmu bukan tempat berpolitik.

Wajarlah mahasiswa terbabit dengan politik namun ada batasnya. Mahasiswa masih muda jangan terlalu ikut emosional. Jangan disebabkan politik pelajaran akan terabai.  Bagi saya, tiada masalah untuk pelajar terbabit dengan politik tetapi jangan guna waktu Kuliah. Gunalah waktu hujung minggu.

Kenapa pelajar beriya-iya mahu membesarkan hal ini. Lebih baik mereka bergiat dalam kampus dan menyuarakan pendapat untuk membela kebajikan mahasiswa lain supaya tidak ditindas oleh pihak lain” menurut seorang Pensyarah Komunikasi Sekolah Sain Sosial.

Kenapa harus Auku di perbesarkan padahal AUKU ini mempunyai kebaikan untuk semua. Bagi pelajar, Mahasiswa harus mempunyai fikiran yang matang untuk mempertimbangkan apa sebab ianya digubal. Bukanlah semata-mata untuk kepentingan sesetengah pihak tapi adalah untuk semua orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan