Jumaat, 7 Disember 2012

Pemeliharaan IN-situ dan Ex-situ

Pengenalan

Strategi Pemuliharaan in situ merupakan salah satu cara pemulihan masa jangka panjang dan semulajadi. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini, agak sukar dijalankan kerana keadaan habitat dan ekosistem yang semakin hari kian mengalami perubahan dan pembangunan oleh manusia. Strategi ini adalah untuk membendung peningkatan aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesis hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesis sksokita (spesis invasif). Pemuliharaan in-situ ini bertujuan mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat dengan penubuhan tempat konversi seperti taman negara, hutan kekal simpan taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.

Kepentingan Pemuliharaan In-situ

Kebanyakan spesis kini kian terancam akibat kekurangan habitat yang telah dimusnahkan oleh aktiviti manusia selain daripada kerosakan secara semulajadi. Pemuliharaan in-situ mempunyai kepentingan terhadap kesemulajadian pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. Hal ini disebabkan kerana, in-situ mengekalkan cara pembiakan dan interaksi spesis di tempat asal yang sedia ada. Setiap kawasan dan persekitaran mempunyai ciri fizikal dan jenis kepelbagaian tumbuhan tersendiri. Contohnya ada hutan yang mempunyai perbezaan jenis kayu-kayan walaupun iklim sama namun dibezakan oleh tanih. tanih yang terdapat pada disteropkrap atas dan bawah tidak sama dengan disteropkrap bawah walaupun terdapat jenis kayu yang boleh mengadaptasi dan tumbuh seperti cengal, meranti, cengal, keruing dan lain-lain. Perbezaan ketara yang dapat dilihat tumbuhan yang berada ditempat tinggi dan rendah. Mana-mana tumbuhan hanya boleh meneruskan pertumbuhan dengan subur melalui kesesuaian tanih dan proses persaingan.

Pemuliharaan habitat asal tumbuhan atau haiwan dapat hidup tanpa perlu mengadaptasi persekitaran baru dan perubahan ciri untuk menjalani penyesuaian di tempat baharu. Selain itu, spesis dapat menerapkan ciri dan cara pengadaptasi semulajadi untuk terus bertumbuh dan membiak. Walaupun dikatakan cara pemuliharaan secara ex-situ sangat berkesan bagi memulihara spesis flora dan fauna namun hal demikian berkemungkinan tinggi untuk menjejaskan ciri dan sistem pembesaran secara semulajadi.In situ, pemuliharaan yang memperuntukkan habitat asal bagi tujuan pemuliharaan spesis yang terancam. Taman negara dan hutan simpan khasnya akan disediakan dan dijaga untuk spesis yang terancam membiak secara semulajadi.Kemudian spesis yang hidup di habitat asal lebih berkualiti dan mempunyai pembiakan dan pertumbuhan yang lebih baik. Kebanyakan spesis berkenaan sama ada akuatik dan darat mempunyai kesesuaian deria yang terhad untuk terus hidup. Pemuliharaan secara in-situ ini bagi mengelakkan spesis kadangkala tidak dapat mengadaptasi persekitaran yang dipengaruhi oleh faktor suhu, iklim dan jenis tanihnya. Jika ex-situ kerap dilakukan walaupun in-situ masih boleh digunakan ianya membimbangkan akan menghilangkan ciri asli yang terdapat pada spesis tersebut.

Perbezaan In-Situ dan Ex-situ

Secara proeses pelaksanaan, pemuliharaan In-situ dan Ex-situ ini memang berbeza. In-situ adalah proses memulihara spesis yang terancam untuk pupus di habitat asalnya. Contohnya, badak sumatera yang terdapat di sabah akan terus dibiakkan pada hutan yang menjadi tumpuan spesis ini. Manakala, Ex-situ pula proses apabila kepupusan terhadap spesis terancam kemudian ianya membawa spesis tersebut  keluar dari kawasan ditemui dan mencipta suatu ekosistem baharu yang hampir sama fungsinya. Pengendalian permanian beradas atau eksprimen di makmal juga satu langkah pemuliharaan ex-situ.

Secara lokasi, pemuliharaan in-situ kebiasaanya menggunakan mana-mana kawasan hutan yang masih terpelihara dan terdapat spesis terancam didalamnya. Kawasan berkenaan akan dikuatkuasakan sebagai hutan simpan dan kawasan konservasi pemeliharaan dan pemuliharaan. Namun, pemuliharaan ex-situ kebiasaanya ialah dengan pembuatan suatu ekosistem baharu yang menyerupai habitat asal. Contohnya , taman negara, garden botanial dan zoo yang akan mengumpulkan dan membiakkan spesis yang terpilih bagi tujuan memulihkan kadar kepupusan spesis tersebut. Contohnya, gajah pygmy yang kini di bawa ke zoo selain mengekalkan jenis ini pada populasi asalnya di hutan.

Cabaran Pemuliharaan In-situ

Walaupun pemuliharaan In-situ mempunyai kelebihan bagi memastikan spesis dapat mengadaptasi persekitaran dengan baik kerana ekosistemnya yang lebih sesuai dengan kemandiriannya namun ianya mempunyai cabaran pada masa akan datang.
Kekurangan habitat semulajadi antara satu cabaran bagi meneruskan pemuliharaan dan pemeliharaan secara In-situ. Ketika ini, hutan di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya semakin berkurangan kerana kesan dari pembalakan dan manipulasi aktiviti manusia secara terlarang. Hal ini menjejaskan habitat-habitat bagi semua spesis hidupan flora dan fauna. Malaysia merupakan negara yang mencatatkan rekod kemusnahan hutan tertinggi dikalangan negara-negara Hutan Tropika. Walaupun malaysia masih diiktiraf sebagai negara yang mempunyai litupan hutan banyak iaitu 59% namun statistik daripada Food and Agriculture of the United Nations (FAO) menunjukkan Malaysia 86% kadar kemusnahan hutan pada tahun 1990-2000 dan 2000-2005. 

Hal ini berlanjutan dengan imbasan imej satelit yang menunjukkan malaysia mempunyai kadar 3 kali lebih cepat kemusnahan di asia. Hutan-hutan tersebut digantikan dengan penanaman ladang kelapa sawit dan dibiarkan gondol. Cabaran pemuliharaan In-Situ adalah habitat yang semakin kurang dan Ex-Situ dapat digunakan bagi memastikan penjagaan spesis terancam daripada pupus. Selain itu, kepupusan spesis secara semulajadi juga akan memebri kekangan. Kesan daripada habitat berkurang, terdapat spesis sama ada flora dan fauna akan pupus. Contohnya, gajah pygmy jantan yang telah mati dan hanya tinggal dua ekor gajah betina maka jika pemuliharaan in-situ sahaja digunakan pasti pembiakan populasi tidak akan berubah. Badak tersebut terpaksa dipulihara dengan cara permanian beradas (makmal) dan penggunaan gajah dari hutan lain untuk dipindahkan bagi tujuan pembiakan dan menambahkan populasinya.


KemudiAN, Pemuliharaan In-Situ tidak dapat melindungi spesis-spesis tersebut daripada penyakit dan bencana alam semulajadi sperti gempa bumi, dan rekahan bumi yang merosakkan landskap bumi kerana ianya hanya mengekalkan kemandirian spesis haiwan dan tumbuhan tersebut serta melindunginya daripada yang disebabkan melalui penubuhan Hutan simpan dan pusat koservasi sahaja. Menurut David Murell, [pakar ekologi dari unversity College London 300 jenis penyakit baharu telah muncul dan sebanyak haiwan 60% daripada penyakit tersebut adalah jangkitan yang dilaporkan telah turun kepada manusia daripada haiwan. daripada 60% jangkitan tersebut 70% adalah haiwan liar. Ianya susulan daripada perubahan cuaca dunia yang telah mengakibatkan berbagai-bagai penyakit baharu yang berpunca daripada haiwan menjangkiti manusia. Contohnya, Penyakit HIVberpunca daripada chimpanzee di Afrika Baat. oleh itu, Ex-situ juga perlu diterapkan bagi memastikan haiwan yang dijaga dapat dibendung risiko jangkitan penyakit dan menjangkiti pada manusia. Tumbuhan juga pasti akan dapat dijaga daripada gangguan penyakit melalui parasit Tetranychus dan Thrips Palmi karnya.


Kesimpulan
Strategi terbaik bagi melindungi biodeversiti adalah dengan memelihara dan memulihara populasi secara semulajadi dan komuniti semulajadi di dalam habitat tersendiri dikenali in-situ. walaubagaimanapun, bagi haiwan yang tidak ada pilihan untuk dipulihara pada habitatnya. Cara yang terbaik dilakukan adalah dengan menghasilkan habitat baru yang mempunyai sama keadaan seperti habitat semulajadi haiwan tersebut. Maka pemuliharaan tersebut dipanggil ex-situ. Pemuliharaan in-situ dilihat lebih baik untuk hidupan liar kerana ianya dibiarkan hidup di habitat masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan